Pengenalan Sijil Agroteknologi Kolej Komuniti

Sijil Agroteknologi (SAT) Kolej Komuniti adalah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.


Sijil ini mendapat kelulusan MQA.

Graduan SAT mempunyai 90% kebolehan pekerjaan. Bermakna mereka tidak menganggur selepas tamat belajar di kolej.


Syarat Kemasukan


Untuk syarat kemasukan ke kolej komuniti Sijil Agroteknologi, adalah seperti berikut:


  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Lulus SPM (Bahasa Melayu dan Sejarah)

Yuran Pengajian


Yuran adalah RM200 setiap semester sahaja.

Yuran pelbagai:
RM60 (hanya sekali kemasukan sahaja)

Terhad


Untuk setiap kelas, terhad hanya kepada 30 orang pelajar.

Pengajian Semester


Semester 1 Semester 2 Semester 3
Pertanian: Pembiakan Tanaman Pertanian: Pengurusan Tapak Semaian, Fertigasi, Pertanian: Pasa-Tuai
Lain-lain: Usahawan Digital, Bahasa Inggeris Komunikasi Lain-lain: Pendidikan Islam/Moral 1 Lain-lain: Pendidikan Islam/Moral 2. Division 3
Division 1 Division 2 Division 3


Semester 4: Latihan Industri


Kolej Komuniti

Kursus ini ditawarkan di dua kolej komuniti di Malaysia iaitu di Kolej Komuniti Tambunan, Sabah dan Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan.

Peluang Sambung Belajar

Graduan SAT boleh sambung belajar ke Politeknik Sandakan dan Politeknik Nilai yang menawarkan Diploma Pertanian.

1 comments so far

Berapa lama tempoh pengajian nii?


EmoticonEmoticon